24 February, 2012

# TAHUN 1989 #

Masa tu aku masih dalam perut Mak, Mak aku cakap mak aku tak sangka termengandungkan aku pada usia 33 tahun..Masa tu abang aku pun kecik lagi..May b usia abang aku dalam 3 tahun k0t..Tak sure laa pulak sebab aku masa tu masih dalam kandungan..
 


Lepas tu Mak cerita lagi, Mak aku tidur bergelinangan dengan air ketuban yang pecah dan basah penuh satu tilam..Seperti nyawa di hujung tanduk demi menyelamat kan nyawa aku..Masa bersalinkan aku agak susah jugak sebab aku tak nak keluar..Mungkin sebab sesat, cari jalan tak jumpe k0t..Syok sangat duduk dalam perut sebab tak payah fikir apa-apa. Apa Mak makan, itu yang aku makan. Pastu boleh ikut Mak pergi sana sini, walaupun masuk tandas sekali pun. Haha.

Ketika mak dan aku berada di hospital, mak sedara aku mengambil alih menjaga abang aku yang masih kecil..Mak sedara aku atau lebih dikenali sebagai Pak dan Mak Lang aku..Mereka membela abang aku buat sementara waktu..






Semasa di h0spital, mak aku berangan-angan nak taruk nama aku Hafizah sebab nak bagi sama pangkal nama H..Tapi, tak tercapai..Impian hanya lah sia-sia belaka..Pak Lang aku dan t0k aku dah taruk nama kat sijil kelahiran aku.."Adilah"..So, nak kata ape..??Terima jelaaaahhhh..Mak aku tak kisah pun, asalkan ade makna dah cukup..

Lepas 8 hari aku dilahirkan, baru lah abg aku di beri peluang untuk melawat aku di rumah tok..Waahhhh, alangkah terujanya abang aku sebab dapat baby girl iaitu aku..Hahahaha..
Mak pun cerita lah, masa dalam pantang aku asyik menangis jer..
Pernah suatu hari tu, abang aku mendekati aku..Mungkin abg aku ingat aku lapor k0t, dia nyaris-nyaris nak masukkan butang baju ke dalam mulut aku..Giler ke hape..?? Nak bunuh adik sendiri..Woo kes naya ni klo mati tercelik butang baju..Nasib tok aku nampak, lantas dia buang butang itu..


Baby biasa laa kadang-kadang siang tidur je kerjanya. Bila malam menangis..Sampai bapak aku pun tahan sabor je..Bapak penyayang laa katakan..Mana tak nyer, bila dapat tau isteri mengandung semua best..Bila dah terkeluar, haaa?? Tak terkata ape-ape..


Sejak aku sekolah rendah, baru aku tau anak sulung adalah keutamaan setiap parents walaupun hakikatnya aku anak b0ngsu..
Masa aku kecik, abang yang kena mengalah dengan aku. Bukan aku yang kena mengalah dengan dia. Hehe..Tapi bila dah besar, mak aku selalu lebihkan abang sebab dia baik..Tak macam aku, nakal.. Huhu..

Pada 24 Februari 2011 lepas, umur aku dah masuk 20 an..Mesti Mak dengan Ayah gembira tengok aku dah besar..



Kalau ada j0doh, aku akan berkahwin..Eeeeiii bestnyerrrrrr...Tapi tanggungjawab teramat berat.. Hehe. Walaupun aku dah tua bangka, setiap keputusan atau apa-apa aku nak buat aku masih rujuk pada mereka..Diorang sentiasa risaukan kit0rang..Aku rasa semua parents pun akan anggap anak d0rang masih kecil walaupun pada hakikatnya dah berkahwin..Kalau tak,mana mungkin mak ayah aku kol berkali-kali aku ataupun abang semasa kami keluar dari rumah.Nampak sangat ambik berat tentang anak-anak ..

Sempena birthday tahun ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Mak dengan Ayah aku sebab dah membesarkan aku, jaga aku, kasi makan, minum, duit, pelajaran, baju,  dan bermacam-macam lagi lah sampai tak tersenarai panjangnya.. Memang tak terbayar semua tu dengan duit..Sekarang aku dah kerja, baru aku tau macam mana susahnya nak cari duit untuk sesuap nasik..




Alhamdulillah, syukur sangat dengan rezeki yang aku ada walaupun tak sehebat hampa semua..Terima kasih =)